Program Tajaan Wakaf Al-Quran ini merupakan satu program di mana kami akan mengumpul dana untuk pembelian Al-Quran kemudian akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, fakir miskin, rumah anak yatim, sekolah sekolah & individu yang memerlukan. Lokasi agihan akan dijalankan di seluruh Malaysia.
Pengagihan Al-Quran diberikan kepada golongan sasaran secara percuma. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam masyarakat Malaysia khususnya.
Fokus utama Tajaan Al-Quran adalah memastikan setiap tajaan Al-Quran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada penerima lebih-lebih lagi kepada mereka yang menghadapi isu seperti banjir atau kebakaran. Ia juga melibatkan rumah kebajikan, perlindungan, mangsa bencana banjir, institusi atau mana-mana organisasi yang Al-Quran rosak akibat daripada banjir atau bencana lain.
Kami juga telah membuat Program Tajaan & Serahan Al-Quran di beberapa buah tempat, antaranya ialah Program Serahan Al-Quran kepada Keluarga Muallaf & Program Serahan Al-Quran di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah, Perak.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai untuk memberikan tajaan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli naskah Al-Quran supaya mereka dapat meneruskan membaca Al-Quran disamping kita juga dapat membuat bekalan untuk saham akhirat kita.
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
*Setiap nama penaja yang menaja Al-Quran akan diniatkan & dimasukkan dalam Majlis Bacaan Yaasin harian di mudahmengaji.my