Program Tajaan Kelas Mengaji merupakan satu prorgam Mudahmengaji.my. Tujuan utama program ini kadalah untuk membuat kelas mengaji secara PERCUMA kepada mereka yang memerlukan. Kami akan adakan kelas mengaji secara Online di seluruh Malaysia.
Kami bukan hanya mengajar mengaji sahaja, bahkan kami juga akan mengajar & membimbing mereka tentang Tajwid, bacaan yang betul di dalam Al-Quran & kami juga akan membantu sehingga mereka dapat mengaji dengan baik & lancar.
Fokus utama Tajaan Kelas Mengaji adalah memastikan setiap tajaan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada penerima lebih-lebih lagi kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan. Sasaran utama program Tajaan Kelas Mengaji ialah asnaf fakir miskin, anak yatim & individu yang memerlukan.
Kami akan mengadakan kelas mengaji secara berkala, iaitu secara mingguan @ bulanan. Antara platform yang kami gunakan ialah Facebook Live & Zoom Meeting & Google Meet.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.
(Surah Al-Fathir Ayat 29)
Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai untuk memberikan tajaan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk belajar mengaji supaya mereka dapat mengaji dengan baik disamping kita juga dapat membuat bekalan untuk saham akhirat kita.
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
*Setiap nama penaja yang menaja Al-Quran akan diniatkan & dimasukkan dalam Majlis Bacaan Yaasin harian di mudahmengaji.my